Affordable Access

Keperluan latihan kemahiran oleh industri di institusi pendidikan teknikal : satu kajian kes di zon perindustrian Batu Pahat, Johor

Authors
Publication Date
Keywords
  • Lc0065 Social Aspects Of Education

Abstract

Dalam kajian ini, institusi pendidikan teknikal yang terlibat ialah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn KUiTTHO (dahulunya Institut Teknologi Tun Hussein Onn ITTHO) dalam melihat keperluan latihan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti di kilang masing-masing. Industri tidak mampu untuk menyediakan keperluan latihan kemahiran sepenuhnya di kilang mereka. Oleh itu kerjasama dengan institusi pendidikan sewajarnya menjadi salah satu saluran untuk mendapatkan kemahiran dalam pekerjaan. Keadaan ini sudah lama wujud di negara-negara maju tentang jalinan kerjasama di antara institusi pendidikan khususnya teknikal dengan industri. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak saling memerlukan dan saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain dapat mencapai matlamat organisasi yang disasarkan. Dalam konteks Malaysia yang akan menuju ke arah sebuah negara maju maka hubungan ini sewajarnya dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.