Perbandingan intensiti perlawanan mengikut kumpulan posisi atlet bola jaring peringkat universiti

Affordable Access

Perbandingan intensiti perlawanan mengikut kumpulan posisi atlet bola jaring peringkat universiti

Authors
Publisher
UTM
Keywords
  • L Education (General)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membuat perbandingan intensiti perlawanan di kalangan atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan berdasarkan tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik. Subjek kajian terdiri daripada 7 orang atlet bola jaring peringkat universiti (21.9 + 0.4 tahun; 60.3 + 3.1 kg; 170 + 5 cm) yang bermain mengikut posisi masing-masing. Kajian ini melibatkan 2 fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Fasa I melibatkan ujian di dalam makmal di mana subjek dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap keletihan maksimum, manakala Fasa II melibatkan perlawanan simulasi di mana subjek bermain mengikut posisi masing-masing dengan pasukan yang setaraf dalam tempoh 30 minit untuk dua separuh masa dengan sela masa rehat 3 minit. Analisis ujian makmal mencatatkan min kadar nadi maksimum bagi ketiga-tiga kumpulan posisi ialah penyerang (178.8 + 1.2 bpm), tengah (183.7 + 0.8 bpm) dan pertahanan (181.9 + 0.3 bpm). Di samping itu, min asid laktik (LApost) selepas ujian makmal bagi kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan masing – masing mencatatkan 7.3 + 0.2 mmol/L, 7.1 + 1.2 mmol/L dan 7.8 + 2.7 mmol/L. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi intensiti perlawanan berdasarkan tindak balas kadar nadi di kalangan atlet bola jaring mengikut kumpulan posisi penyerang, tengah dan pertahanan. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi intensiti perlawanan berdasarkan konsentrasi asid laktik di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti (P > 0.05). Oleh itu, kajian ini menunjukkan tiada perbezaan intensiti perlawanan yang signifikan bagi setiap kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan semasa perlawanan bola jaring.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.