Affordable Access

Tahap kepatuhan terhadap keputusan mahkamah syariah dalam kes nafkah - satu kajian kes / Fatimah Sulaiman , Dr Hasan Bahrom , Che Norzila Sulong , Halimahton Awang

Authors
Publisher
Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA
Publication Date

Abstract

Pelbagai masalah timbul akibat dari perceraian seperti masalah hadanah, harta sepencarian, fara'id dan masalah nafkah. Isu nafkah menduduki ranking paling atas dalam senarai kes perceraian di Mahkamah Syariah Terengganu. Sekalipun pun kajian berhubung dengan persoalan nafkah telah banyak dibuat, tetapi topik kepatuhan terhadap keputusan mahkamah masih sedikit dibicarakan sedangkan persoalan ini amat penting kerana berjaya atau gagal sesuatu kes mahkamah adalah terletak kepada kepatuhan terhadap keputusan yang dikeluarkan. Kajian yang dilakukan ini melihat secara lebih dekat aspek tahap kepatuhan, kadar pengabaian, sebab-sebab berlakunya ketidakpatuhan dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam menangani masalah ini.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.