Affordable Access

Akademia baru memartabatkan UTM berjenama global 2012–2020

Authors
Publisher
Penerbit UTM
Keywords
  • H Social Sciences

Abstract

Perutusan Naib Canselor 2012 yang bermauduk “Akademia Baru: Memartabat UTM Berjenama Global 2012–2020” adalah merupakan keluaran perutusan yang keempat sejak diterbitkan pada tahun 2009. Sebagai sebuah universiti yang sejak dari awal penubuhannya berpaksikan mendaulatkan tradisi ilmu, UTM berusaha untuk mendokumentasikan perancangan tahunan, pelan strategik dan ucapan penting untuk dijadikan panduan dan rujukan. Isi kandungan buku ini wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga UTM untuk membolehkan mereka merancang proses kerja secara sistematik dan efisien serta dapat memantau pencapaian sepanjang tahun 2012. Tema buku ini juga menjurus kepada pemikiran, falsafah, kerangka pengajian tinggi dan pedagogi baru berasaskan paradigma Akademia Baru. Tema ini bermatlamat untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi yang melepasi gelanggang tempatan. Tema ini memberi isyarat jelas untuk menggembleng seluruh sumber seadanya bagi meletakkan UTM dalam peta akademia global untuk tampil bergaya sebaris dengan institusi ilmu tersohor dunia. Seluruh warga UTM dituntut mengukuhkan semangat dan iltizam bagi menjayakan cita–cita tersebut demi “Kerana Tuhan Untuk Manusia”.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.