Affordable Access

Menyelesaikan masalah pembangunan akhlak pelajar : analisis penerapan kemahiran generik dalam amalan pendidikan

Authors
Publisher
faculty of education
Keywords
  • L Education (General)

Abstract

Pendidikan merupakan proses asas untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara. Bagi memcapai hasrat ini, kementerian telah menggariskan unsur kemahiran generik untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembacaan literatur kemahiran generik memberi kesan yang memberangsangkan kepada peningkatan intelektual pelajar tetapi kesan terhadap potensi spiritual pelajar tidak menunjukkan yang penerapan kemahiran generik ini selari dengan matlamat pendidikan iaitu melahirkan insan yang seimbang, beriman dan berakhlak mulia. Penerapan kemahiran generik dalam kurikulum di sekolah telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar seperti yang telah digariskan dalam matlamat pendidikan. Walaupun telah banyak kemahiran generik sering di perkatakan dalam perlaksanaan kurikulum di sekolah tetapi masih terdapat kejatuhan nilai kemanusiaan pada masa kini yang semakin berleluasa. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan sejauhmana kemahiran generik yang diterapkan dalam amalan pendidikan hari ini selari dengan matlamat pendidikan dalam melahirkan manuasia sedar kendiri bagi membangunkan akhlak pelajar.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.