Aktiviti Gelombang Otak Semasa Rehat, Sudoku Dan Selepas Simulasi Perlawanan Taekwondo

Affordable Access

Aktiviti Gelombang Otak Semasa Rehat, Sudoku Dan Selepas Simulasi Perlawanan Taekwondo

Authors
Keywords
  • L Education (General)

Abstract

Aktiviti gelombang otak dikatakan berbeza dalam keadaan yang berbeza. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak aktiviti gelombang otak dalam keadaan yang berbeza iaitu ketika rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo. Tiga orang atlet taekwondo wanita yang berpengalaman menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dipilih sebagai subjek untuk kajian ini. Aktiviti gelombang otak subjek direkodkan ketika subjek berada dalam keadaan rehat sambil mendengar muzik jenis instrumental, semasa subjek bermain sudoku dan sejurus selepas simulasi perlawanan taekwondo menggunakan electroencephalogram (EEG) dalam perisian Biopac Student Lab. Aktiviti gelombang otak kemudian diekstrak kepada empat jenis gelombang otak iaitu alpha, beta, delta dan theta. Perubahan tertinggi dari nilai sifar bagi setiap empat saat dikenal pasti dan corak gelombang otak diperolehi. Aktiviti gelombang otak dianalisis menggunakan repeated measures analysis of variance dalam Statistical Package of Social Sciences. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan ujian adalah tidak signifikan bagi gelombang otak beta dan theta antara keadaan rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan dengan nilai p masing-masing ialah p = 0.625 dan p = 0.423 iaitu p > 0.05. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan ujian adalah signifikan bagi gelombang otak alpha F(2, 4) = 19.966, p = 0.008, p < 0.05 dan delta F(2, 4) = 27.842, p = 0.004, p < 0.05 antara keadaan rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan di mana keputusan simulasi perlawanan menunjukkan peningkatan drastik dalam relaksasi mental.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.