Affordable Access

Impak Pembangunan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke Atas Pembangunan Fizikal Negeri Melaka

Authors
Publisher
UTeM
Publication Date
Keywords
  • G Geography (General)
  • Ge Environmental Sciences

Abstract

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah ditubuhkan semenjak pada 1 Disember 2000 di mana sebelum ini ia dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). Penubuhan UTeM sekaligus memenuhi hasrat kerajaan negeri yang mengutamakan pendidikan sebagai salah satu hub ekonorni. Sehubungan itu, UTeM merupakan satu lagi mercu tanda pengajian tinggi di Melaka yang berorientasikan pelancongan pendidikan. Pada peringkat awal penubuhan, UTeM menyewa 69 buah rumah kedai di Taman Tasik Utama dengan Tetuan Metacorp Properties Sdn Bhd untuk pengoperasian Kampus Sementara. Pada tahun 2003, Kampus Industri diwujudkan sebagai tambahan kepada Kampus Sementara dengan penyewaanll lot rumah kedai di Taman Tasik Utama. dan penyewaan ruang seluas 119,200 kaki persegi di bangunan Cubic Electronics Sdn Bhd. Kampus lnduk (Tetap) pula pad a permulaannya telah menempatkan 2 buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). UTeM seterusnya memperluaskan peranannya sebagai institusi keilmuan dengan menambah satu lagi kampus iaitu Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah. Penyelidikan ini mengkaji tentang impak penubuhan UTeM terhadap pembangunan fizikal negeri Melaka. lni termasuk pembangunan yang berlaku di sepanjang sembilan (9) tahun penubuhan UTeM di Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti impak aspek-aspek fizikal hasil penubuhan UTeM. Selain itu penyelidikan ini juga mengkaji sejauhmana aspek pembangunan fizikal membantu Kerajaan Negeri Melaka mencapai tara£ Melaka Maju 2010 serta mengemukakan cadangan yang sesuai untuk pembangunan fizikal negeri Melaka. Kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian ini adalah dengan menggunakan cara temubual dan kaji selidik terhadap responden yang tinggal di sekitar Kampus Tetap, Kampus Industri dan Kampus Bandar. Perisian SPSS versi 16 digunakan untuk membantu analisis. Hasil kajian telah membuktikan UTeM memberi impak positif kepada responden (penduduk negeri Melaka) dalam pelbagai aspek dan secara tidak langsung membantu negeri Melaka mencapai Melaka Maju 2010.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.