Affordable Access

Falsafah Program

Authors
Keywords
  • L Education (General)

Abstract

2.0 Falsafah Program Kami percaya bahawa semua anak-anak yang dilahirkan mempunyai keistimewaan, keupayaan dan kepintaran masing-masing dalam kehidupan. Kesemuanya ini dapat dikenalpasti dengan memberi peluang dan tunjuk ajar yang sewajarnya sedari kecil dalam suasana yang baik 3.0 Objektif Program Diakhir program ini ibu bapa akan dapat; a). Mengukur tahap pelaksanaan pendidikan awal terhadap anak-anak b). Mengenalpasti konsep pendidikan awal kanak-kanak serta kepentingan perkembangan kanak-kanak pada usia 2 hingga 6 tahun c). Mengenalpasti asas psikologi kanak-kanak d). Mengenalpasti beberapa langkah, teknik dan aktiviti pendidikan awal yang boleh dijalankan terhadap kanak-kanak e). Menimba pengalaman baru dan mengaplikaskan isi kandungan program kepada anak-anak 4.0 Isi kandungan Program a) Penilaian tahap pelaksanaan pendidikan awal di kalangan ibu bapa b) Pendedahan kepada konsep pendidikan awal dan kepentingan membina perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia 2 hingga 6 tahun c) Penerangan terhadap asas psikologi kanak-kanak d) Bengkel pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak ; langkah-langkah, teknik serta aktiviti-aktiviti bersesuaian e) Perbincangan kumpulan dan praktikal kepada isi kandungan program

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.