Affordable Access

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Authors
Publisher
faculty of education
Keywords
  • L Education (General)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru Matematik. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik asas iaitu kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian hinggalah ke peringkat perkhidmatan.

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.