Affordable Access

Penerangan terhadap asas psikologi dan emosi kanak-kanak

Authors
Keywords
  • L Education (General)

Abstract

5.3 Penerangan terhadap asas psikologi dan emosi kanak-kanak 5.3.1 Psikologi kanak-kanak Penting bagi setiap ibu bapa mengetahui asas psikologi kanak-kanak dibawah jagaan mereka. Terdapat sesetengah ibu bapa yang kurang peka terhadap psikologi kanak-kanak ini dan mendidik mereka secara kasar dan seterusnya menimbukkan perasaan takut terhadap kanak-kanak itu sendiri. Hal ini bukan sahaja merenggangkan hubungan antara anak dan ibu bapa, malah menyebabkan proses perkembangan kanak-kanak itu tadi terbantut. Oleh yang demikian, sesi ini menyediakan peserta dengan asas paikologi kanak-kanak yang perlu difahami dan diambil perhatian oleh ibu bapa semasa mendidik kanak-kanak. Antara psikologi kanak-kanak yang asas ialah; a) Bersifat manja dan ingin selalu dimanja dan dibelai b) Sentiasa inginkan perhatian daripad kedua ibu bapanya c) Tidak suka dipaksa dan lebih gemarkan pujukan d) Terangsang sekiranya mendapat ganjaran setelah melakukan sesuatu yang dipinta oleh ibu bapa e) Gemarkan pujian

There are no comments yet on this publication. Be the first to share your thoughts.